(!) Tik Tok (!)


Get your own Digital Clock

July 19, 2012

Dekat di hati.

Salam buat bloggerchenta.
Post ni, khas buat si dia.Aku tahu, kau tak suka. Aku tahu kau benci.

Aku tahu, walau di hadapan khalayak, kau begitu, tapi, kalau dengan aku, kau laen.
Sayang aku pada kau, berbeza, andai dibanding sayang aku pada yang lain.
Aku tak tahu apa yang tersirat di sebalik semua kejadian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Hati aku, hanya Dia yang tahu. 4 tahun berlalu, perasaan boleh berubah, tapi bukan kenangan.
Aku bersyukur kepadaNya dengan kurniaan perasaan ini, walau aku tak tahu, apa jawapan hati di sebelah sana.
Nasihat dari temanku, supaya aku banyakkan bersabar. Yup, inshaAllah, kalau ada, akan sampai masanya.
Aku tahu, kau pasti mengejek, mengata aku di belakang.
Ejeklah, katalah, hinalah, andai benar, pasti, suatu hari nanti akan terhampar segala janjiNya.


March 12, 2012

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Dear readers, setiap kali aku buat post baru, konfem aku mintak maaf dulu kan? Sebab dah lame tak diupdate belog ini. Sudah berhabuk nampaknye. * Booooo-ooo-oo

Bro, aku dah dapat dah result TOV aritu. Okay, not bad. I've made progress, even tak de la banyak sangat yang meningkat. Dah berhasil kurangkan FAILED tu kire okay lah kan?

So, next target is 9 A's for OTI 1. * claps *.
Memang la tinggi target aku, tak salah kan? Weheee ~

Ranking pun naik tige anak tangge. Whatever it is, aku bangge dengan pencapaian aku untuk TOV nih. You? Bangge tak? ><

# Allah tak tengok natijah, Dia tenyok usaha. Kalau result bagus, usaha tarappapa, takda guna bagi aku. Sebab tak rasa manisnya kejayaan tanpa usaha. Eh?

Readers sekalian, i'm begging you, please pray for my successs. Thanks!

Tak boleh buat post panjangpanjang, nanti tadak orang baca. HAHAHAHA









February 10, 2012

Adelaide, please be nice to me.

Assalamualaikum. Hello readers. Sehat belako deh? Alhamdulillah lah.

Last three days, kitorang punye penyelaras SPM, mintak buat poster untuk majlis pelancaran next Saturday. Kene hantar next day jugak. So, kat poster tu kene tulis motto, university and ambition. Pening jugak laa mulamula nak jadi ape, kawankawan sume nak ambik medic, engineering. Tapi please lah. Aku tak minat sangat. So, tak tahu nak tulis ape, aku pun letak aje la Lecturer. Tak niat pun, kalau dapat medic pun, insyaAllah lah kut, aku terime. InsyaAllah. University, aku letak macquarie. Tapi bile dah balek rumah, jatuh hati dengan Adelaide pulak. Hailaa, Adelaide, please be nice to me. Ameen.

Random : Kalau kerja tinggi tinggi ade ke laki nak nanti? Bhahahaha ><

Tak pun, bile fikir fikir balik, techno pun menjadi jugak kan? Hmmm. Entah. Just boleh doa je. Allah dah tetap semua, kita terima aje, kan? Tapi taknak lah bergantung dengan Allah je, kene usaha jugak. Kan?

Takpe weeda, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Di sebalik kesusahan, ade kesenangan nye. Ayat Allah, sape nak nafi?

Orang kate, tahun senior year ni, banyakkan kenangan manis daripada pahit. Ye la, tahun last ni kan. Sebak la pulak bila ingat balek. Hailaa.

Oke, stop sampai sini je kut. Aku tengah berdating sama exam ni.

# Pray for me eh? Thanks :)

Assalamu'alaikum .





August 27, 2011

one day left to date with RAMADAN

Assalam sayang buat readers. Salam penuh kerinduan buat RAMADAN. Salam penuh keinsafan terhadap The Almighty.

Rindu? Yeah. That's it. Aku akan rindukan Ramadan. As for me, aku rasa kualiti and kuantiti aku untuk bulan Ramadan ni lebih optimum. Sebab? Alhamdulillah, sepanjang bulan puase ni, maseh complete terawih aku. Aku pun sempat qiamullail. Tak macam harihari yang biase. Nak bangun malam. Mak aii! Punye la payah. Sile angguk kepala kepade sesiape yang senaseb dengan aku. 

Next. Kemeriahan Ramadan. So, bagi orangorang yang kurang berfikir. Ramadan diertikan dengan :
Awal bulan dah beli baju raya
Harihari pergi bazar ramadan
Tahan puase hanya kerana puase pade siang hari. Malam kau buat ape brader? Merempit?
Pasang lagu raya first day puasa lagi. Macam mane nak rase semangat Ramadan?
Orang semue berebutrebut nak khatam tadarus Quran. Kau? Malas? Ape jenis muslim ni?


Try nak jadi sebahagian daripada mereka. InsyaAllah.




Tu baru siket aku list. Aku tak cakap pergi bazar tu salah, tapi agakagak la siket. Jarangjarangkan lah kedatangan anda ke bazar tu. Baek duduk rumah, tadarus. Amacam? Tambah pahale lagi tau?

Bagi orang yang amat rindukan Ramadan :
Semangat qiamullail cari Lailatul Qadar
Tadarus sekurangkurangnye TIGA KALI
Bersederhana aje dalam persiapan Raya ni. Tau?


Aku pun tak la macam tu. Kadangkadang perasaan malas tu ade aje. Tapi cepatcepat la halang. Kan?
So, last but not least. Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri , mohon Maaf Zahir dan Batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kite kosong-kosong ye? 


Aku suka biru. Tahun ni pun blue theme :)


Salam Aidilfitri sume! 

MAAF sebab cara aku tegur orang kat atas tu, tak betul caranya. Aku tak pandai nak dakwah orang. So, aku cakap pun straight aje la. Soorrry tau? Even kau terase hati dengan cara aku tegur tu, aku mitak sangat. Maafkan la aku weh. Mane tau ajal aku tahun ni? Soory tau. 
Kepade yang beraye di kampung, nak balek kampung, drive leklokk tau. Hindarkan accident! Ingatlah orang tersayang. Ecey, macam iklan raya pun ade. Hehhe.

So, wassalam guys.

notasekangkangkera: those who know my house, jemput la datang :) tapi inform dulu la ye?






August 5, 2011

muhasah sebentar bersama MUHASABAH CINTA

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

August 4, 2011

something hollow inside.

Assalam guys. Soooo-ryy. Sebab lama gila tak update. Even ramai yang TAK bace belog aku. Kan? Hehhe. So, memandangkan memang aku ni kaki typer, aku tetap akan create a post kat belog ni. Tiga minggu di sekolah,sekarang sudah kembali menghadap lappy terchenta. So, there's too many incident happened y'know?

Okey. Hari tu ade program immersion kat Maahad Muhammadi Perempuan. Best :) Memang happening gila la weh. Ye lah, sekolah yang NO BOYS ARE ALLOWED. best kan? kalau time belaja konfem tak malu punye. from my observation la kan, budaya hidup dengan buku memang kuat gila la kat sane.Satu budaya yang sangat patut diikuti di Imtiaz Besut,insyaAllah. Alhamdulillah, selame empat hari kat sane, pengisian rohani dorang pun mantap.Baru rasa yang something hollow inside la beb. Hmm.

Hm. Dah empat hari Ramadan. Ahlan Wasahlan ya Ramadan :)
Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Hoping that, ramadan kali ni lebih baek. bulan ramadan,bulan tarbiah untuk kite semue. Universiti Ramadan ni tawar macammacam pakej pahala. Dengan harapan,kite semua akan mendapat ijazah Taqwa. InsyaAllah.


Ade quotes siket nak share: -

Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favourite contact..
He doesn't have facebbok, but He is my bestfriend.
He doesn't have Twitter,but i follow Him.
And, He doesn't have internet, but i am connected to Him :)

Teringin nak rase macam watak Fend dan Chad dalam Contengan Jalanan-Hlovate tu rasa. Betul, ramadan bukan perlu ditakrifkan dalam erti kata bazar ramadan, hari first puase dah pasang lagu raya, etc,etc. Kalau la keadaan ni berterusan, bile nak rase madrasah ramadan? Ramadan sepatutnye bulan untuk merebut pahala, bukan berebut kain baju raya! Kan? Kalau la ni Ramadan terakhir, layak ke kite berhari raya? Jom berubah?

Allah dah sebut dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud,

Baginya(manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Wallahua'lam.

notakaki: berapa ramai orang yang boleh terjemah al-Quran beserta dengan amal?


July 15, 2011

Happiness is nothingness without completeness.

Assalamualaikum readers! Sooooo-rrrryyyyy. A sea of sorry sebab dah lama gila tak update belog. Even kau orang tak jenguk pun aku punya belog.Kan? Hehheh.

Happiness is nothingness without completeness. Hlovate's quote. From Contengan Jalanan.'neway. Story aku bukanlah pasal ape yang Hlovate coret kat dalam novel dia tu. Cume. Hm. BAHAGIA. Yeahh. That's the word. Bahagia bile ade Dia yang bawa aku ke jalan yang benar even aku belum sesempurna mukminah sejati. Bahagia bila ada parents yang sentiasa support dari belakang. Aku dapat top ten ranking dari bawah pun, mereka masih support aku. Mereka kenal aku sapa, anak kan? Bila ada masalah,parents lah yang automatic jadi kaunselor. Bahagia bila ada kawan. Kawan yang memahami. Kawan yang menyayangi. Kawan yang menghargai. Thanks guys. Mar, Atin, Afaf, Qielah, Cirah, Zati, Cyah, Zack, Nabilah, Hannan, Ecah, Drah, Ainun, Leka, Pikah, Raja, Imaan, Dayana.. 4 tahun kita kenal beb. Aku bahagia ada kawan cam korang. Kita besties sampai bilabila kan? Senior Taariq, you cool man. Even dah dua tahun tak jumpa, tapi kita still contact. Tak pernah lagi aku ada kawan macam hang! Kau same aje macam ibu abah. Kau support aku selalu even kadangkadang tu menyakitkan hati lah jugak, kut? Inche kauselor a.k.a Riq. Thanks. Bahagia bila ada cousin yang caring. Aju, Ayeh, Abg Mieyoi, Abg Syahmi, Kak Ngah, Fatin, Kak Ya and so on, aku bahagia.

-mereka semua melengkapkan hidup saya- smile *

I'm complete with them. Yours too lah. Readers, hargai mereka. Oppurtunity doesn't knock twice. Peluang untuk menyayangi dan disayangi,menghargai dan dihargai, memahami dan difahami.

Short post. Tibatiba rase cam nak tulis cenggitu. Agak aneh plus pelik.

Chow. Wassalam.

P/S: Alhamdulillah sebab Allah beri aku rasa untuk menyayangi dan disayangi, menghargai dan dihargai, memahami dan difahami. Hanya kerana Dia yang mampu membuat aku rasa begini!