(!) Tik Tok (!)


Get your own Digital Clock

August 4, 2011

something hollow inside.

Assalam guys. Soooo-ryy. Sebab lama gila tak update. Even ramai yang TAK bace belog aku. Kan? Hehhe. So, memandangkan memang aku ni kaki typer, aku tetap akan create a post kat belog ni. Tiga minggu di sekolah,sekarang sudah kembali menghadap lappy terchenta. So, there's too many incident happened y'know?

Okey. Hari tu ade program immersion kat Maahad Muhammadi Perempuan. Best :) Memang happening gila la weh. Ye lah, sekolah yang NO BOYS ARE ALLOWED. best kan? kalau time belaja konfem tak malu punye. from my observation la kan, budaya hidup dengan buku memang kuat gila la kat sane.Satu budaya yang sangat patut diikuti di Imtiaz Besut,insyaAllah. Alhamdulillah, selame empat hari kat sane, pengisian rohani dorang pun mantap.Baru rasa yang something hollow inside la beb. Hmm.

Hm. Dah empat hari Ramadan. Ahlan Wasahlan ya Ramadan :)
Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Hoping that, ramadan kali ni lebih baek. bulan ramadan,bulan tarbiah untuk kite semue. Universiti Ramadan ni tawar macammacam pakej pahala. Dengan harapan,kite semua akan mendapat ijazah Taqwa. InsyaAllah.


Ade quotes siket nak share: -

Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favourite contact..
He doesn't have facebbok, but He is my bestfriend.
He doesn't have Twitter,but i follow Him.
And, He doesn't have internet, but i am connected to Him :)

Teringin nak rase macam watak Fend dan Chad dalam Contengan Jalanan-Hlovate tu rasa. Betul, ramadan bukan perlu ditakrifkan dalam erti kata bazar ramadan, hari first puase dah pasang lagu raya, etc,etc. Kalau la keadaan ni berterusan, bile nak rase madrasah ramadan? Ramadan sepatutnye bulan untuk merebut pahala, bukan berebut kain baju raya! Kan? Kalau la ni Ramadan terakhir, layak ke kite berhari raya? Jom berubah?

Allah dah sebut dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang bermaksud,

Baginya(manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Wallahua'lam.

notakaki: berapa ramai orang yang boleh terjemah al-Quran beserta dengan amal?


No comments:

Post a Comment